Ulasan dan kritikan Slumdog_Millionaire

  1. Filem ini bedasarkan buku Q&A tulisan Vikas Swarup. Watak utama sebenarnya ialah Ram Mohamad Thomas , bukan Jamal Malik. Tidak ada watak Father Timothy, seorang paderi yang homoseksual dan mempunyai anak di dalam gereja. Watak Neelima Kumari dihilangkan. Tidak ada watak Salim yang menjadi sahabat baiknya (didalam filem sebagai abangnya), maka hilanglah kisahnya tinggal sebumbung dengan pembunuh upahan. Tiada watak Balwant Singh maknanya tiada kisah peperangan dramatik diantara Pakistan dan India. Tiada watak Smita bermakna tiada kisah kepahitan hidup seorang ahli astronomi yang membuta mabuk mendera anaknya Ghudiya. Watak Nita sebagai pelacur di dalam buku dijelmakan sebagai Latika. Tajuk asal ‘Who Want To be a Millionaire?’ ialah ‘Who Will Win a Billion?’.
  2. Jamal Malik bukanlah sangat hendak menjadi jutawan . Dia menyertai kuiz itu agar Latika menontonnya dan mereka dapat bertemu semula setelah berpisah selama 13 tahun. Jamal maklum bahawa Gameshow tersebut hanyalah satu simbol escapism masyarakat India yang tersepit dalam kemiskinan. Semua penduduk India menontonnya. Jamal berharap sangat agar Latika akan menonton kuiz itu.
  3. Jamal Malik dapat menjawab semua soalan bukanlah kerana dia remaja genius. Ramai peserta yang intelek tidak dapat menjawab soalan kuiz tetapi remaja dari kawasan gelandangan berjaya menjawabnya dengan penuh yakin.
  4. Shah Rukh Khan enggan menjadi pelakon utama filem ini kerana kononnya menghina negara India.
  5. Kisah tentang hero muslim tetapi banyak babaknya memaparkan tentang arak ,sek, menipu , mencuri dan sebagainya.
  6. Judul filem ini sangat menghina negara dan budaya masyarakat India. Tajuk filem ini seperti bermaksud 'Anjing Sampah yang menjadi jutawan'. Pada 26 Januari penduduk Bihar merobek-robek psoter filem ini.
  7. Organisasi Hindu Janjagruti Samiti (HJS) dan Shiv Sena memprotes filem ini kerana menggunakan patung Rama ditengah-tengah rusuhan anti-Muslim.
  8. Para pelakon masih lagi hidup gelandangan di kawasan kumuh Mumbai. Antaranya Mohammed Azharuddin Ismail (yang melakonkan watak Salim Malik sebagai kanak-kanak) telah dibayar £ 1,700. Dia masih lagi tinggal di kumuh haram Bandra. Begitu juga dengan Rubina Ali yang melakonkan watak Latika. Jumlah bayaran sebenar tidak didedahkan kerana mungkin menjadi sasaran penculik. Kerajaan negeri Maharashtra berjanji akan memberi rumah baru untuk mereka dan tidak perlu lagi tinggal di kawasan kumum Garib Nagar. Namun dua tahun selepas tayangan filem itu , Rubina Ali masih tinggal di Garib Nagar. Baru-baru ini rumah di kawasan padat itu habis terbakar.[2] Habis semua hanrta benda termasuk foto, piala-piala dan barangan kenangan lain terbakar hangus.